SISC+ : Peranan dan Fungsi
Apa itu SISC?Program SISC ataupun dikenali sebagai Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches) telah dimulakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak awal tahun 2011 di bawah inisiatif sub NKRA GTP 1.0. Guru-guru yang terpilih (sebahagian besarnya adalah merupakan kalangan Guru Cemerlang) telah diberikan latihan dalam bentuk kursus kepada "master coachees".
Guru-guru yang telah mendapat latihan ini seterusnya akan ditugaskan untuk memantau dan membimbing guru-guru di sekolah-sekolah yang berprestasi rendah serta berada dalam Band 6 dan Band 7. Dalam setahun, mereka perlu ke sekolah yang dipantau sekurang-kurangnya 3 kali bagi tujuan mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh sekolah serta memikirkan program intervensi / pemulihan yang boleh dijalankan di sekolah tersebut bersama-sama dengan pentadbir dan guru-guru sekolah.
Program ini telah diadakan secara berperingkat, dan secara separuh masa oleh guru-guru Cemerlang dalam membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi akademik. Impaknya perubahan yang sangat positif diperoleh dari segi pencapaian peperiksaan awam terutamanya UPSR dan SPM.
Perbezaan SISC dan SISC+
Rentetan daripada kejayaan program SISC di bawah GTP 1.0, kelangsungan bidang keberhasilan utama NKRA diteruskan di bawah GTP 2.0 dan jawatan SISC+ diperkenalkan secara sepenuh masa dan bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah, dengan 2 negeri rintis telah pun berjalan sepenuhnya di Kedah dan Sabah pada tahun 2013. Menjelang 2014, program ini akan dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara.
Mengupaya JPN dan PPD
Kewujudan jawatan ini juga adalah di bawah anjakan ke 6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu Mengupaya JPN dan PPD. Guru-guru yang terpilih akan ditempatkan sepenuh masa di PPD, tetapi tidak akan terlibat langsung dengan pengurusan PPD. SISC+ ini akan memantau sekolah di bawah jagaan nya 4 hari untuk seminggu. Manakala 1 hari lagi diperuntukkan untuk berada di pejabat, membuat laporan dan juga bermesyuarat.
Buat sementara waktu ini, SISC+ ini hanya dibuka untuk 3 subjek teras sahaja, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Bidang tugas mereka adalah untuk membimbing guru dalam aspek pedagogi, PBS,KSSR dan sbg penghubung terus pihak Kementerian dgn sekolah. SIP+ pula berfungsi untuk membimbing Pengetua/ GB dan pengurusan sekolah.
Tugas SISC+
1. Membina hubungan dengan guru dan membimbing guru di sekolah
2. Bekerjasama dengan Kementerian dan pegawai PPD untuk menyediakan latihan yang amat diperlukan oleh guru
3. Mereka bentuk dan mentadbir intervensi khusus untuk meningkatkan kualiti pengajaran di sekolah
4. Membimbing sejumlah guru (min 20 dan maks 30 orang) untuk tempoh sebulan; SISC+ bebas untuk merancang bagaiman proses bimbingan yang bakal dilaksanakan.
fuh macam mana nak jaga sekolah org sekolah sendiri pun susah
ReplyDeleteSISC+ works full time from the District Education Office or the PPD. Hence the issue of being tied down to only one school does not arise.
ReplyDeleteSISC+ ni belagak lebih dari Nazir persekutuan. Kebanyakkan tu malas dok skolah.
ReplyDeleteYa..sy setuju..ada pegawai SISC+ yg buat laporan pemantauan thdp guru yg tiada di sekolah..sedangkan guru tersebut bertugas atas urusan rasmi arahan PPD..guru besar turut terlibat kerana menanda tangani borang pemantauan tersebut...pegawai SISC takde kredibliti...
DeleteYa..sy setuju..ada pegawai SISC+ yg buat laporan pemantauan thdp guru yg tiada di sekolah..sedangkan guru tersebut bertugas atas urusan rasmi arahan PPD..guru besar turut terlibat kerana menanda tangani borang pemantauan tersebut...pegawai SISC takde kredibliti...
DeletePendapat peribadi saya, mungkin SISC+ yang tuan "brain freezer" maksudkan tu belum betul2 membina hubungan dgn guru, sabar cikgu beri peluang kpd mereka...InsyaAllah mereka akan jd partnership kpd guru.(ini pandangan peribadi saya sahaja....minta maaf kalau salah). Anyway, terima kasih kerana sudi melawat blog kami SISC+ PPD Kuala Muda/Yan. Dan 1 lg, saya kurang setuju ayat kedua, tuan "brain freezer" tu, chill :)
ReplyDeleteWeewit!😎😎
DeleteWeewit!😎😎
DeleteWeewit!😎😎
Deletehahaha KB
Deletepengalaman peribadi sy..SISC+ Matematik dr PPD Pasir Gudang banyak mbantu kami dari segi idea & nasihat..sekolah kami terpilih utk TIMSS2015..
ReplyDeleteJika sesuatu perkara dilihat dr sudut positif..maka positiflah hasilnya..
Pesan Imam Al Ghazali..sebelum berbicara..fikir dahulu sama ada kata-kata kita mbawa kebaikan atau keburukan..
Teringat pesan Aagim (ulama Indonesia)..
manusia sering bimbang kata-kata org lain thadap dirinya..tetapi yang paling bahaya adalah kata-kata dia thadap orang lain..kerana yg dihisab Allah itu apa yg terlahir dari lidahnya..atau zaman canggih sekarang.. lidah moden@ tulisan..
Nice words Cikgu Sue! Semoga kita sama2 dapat melonjakkan tahap pendidikan Malaysia ke peringkat yg lebih baik. Jazakallah...
ReplyDeleteHello Mr.Wan.Teringat pesan rakan, jangan tanya kenapa dipilih, tanya kenapa bukan saya dipilih.Jangan mula dengan perkataan "Masalah saya ialah...", mulalah dengan "Tindakan saya untuk mengatasi isu ini ialah.." serta bila mengutarakan pendapat biar disokong dengan bukti dan fakta berasas. Pendapat rakan-rakan di atas membuka minda saya agar tidak dijangkiti 5 penyakit kulit yang berbahaya pada manusia iaitu KUDIS (kurang disiplin), KURAP (kurang aplikasi), KUSTA (kurang tanggungjawab), KUTEL (kurang teliti) dan KULAT( kurang latihan). Mohon rakan-rakan guru membelek kitab PPPM agar memahami tugas dan tanggungjawab SISC+ agar fikiran lebih terbuka.Jika tidak berubah sekarang, bila lagi.Selamat menjadi pendidik abad ke-21.
ReplyDeletebanyak nama singkatan bagi penyakit sikap rupanya. Menarik!
DeleteGreat advise mdm Syvia Mp....anda seorang yang berpandangan jauh dan optimis. Pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera
ReplyDeleteSISC+ dan SIP+ di daerah Hulu Selangor adalah insan2 hebat dan terbaik. Sentiasa bekerjasama dan memberi yang terbaik pada kami di sekola.
ReplyDeleteSalam..saya nak tnya..sic+ ni akan pilih guru2 tertentu ke utk dibimbing.??? Selalunya siapa guru yg dia akan bimbing... adakah guru yg mmg opsyen atau bkn opsyen...contohnya cikgu tu opsyen biologi.tp kene ajar math....sedagkan bkn opsyen.. adakah guru tersebut perlu dibimbing sic+?
ReplyDeleteSalam..saya nak tnya..sic+ ni akan pilih guru2 tertentu ke utk dibimbing.??? Selalunya siapa guru yg dia akan bimbing... adakah guru yg mmg opsyen atau bkn opsyen...contohnya cikgu tu opsyen biologi.tp kene ajar math....sedagkan bkn opsyen.. adakah guru tersebut perlu dibimbing sic+?
ReplyDeleteWa'alaikummussalam cikgu. Pemilihan guru utk dibimbing oleh SISC+ berdasarkan beberapa kriteria pemilihan. Antaranya:
Delete1) Guru yang bertugas di sekolah yang berada di band 4,5,6
2) Dicadangkan oleh Pengetua/GB (tidak semestinya guru tersebut tidak bagus....boleh jd juga guru bukan opsyen, kurang pengalaman, berkemungkinan juga guru terbaik untuk dijadikan guru sumber bagi subjek tertentu)
3) Volunteer oleh guru sendiri
4) Dipilih oleh SISC+ sendiri
Kriteria am, semua guru yang terlibat dengan subjek utam BM,BI dan MATE boleh termasuk dalam set pemilihan guru yang akan dibimbing SISC+.
Harap menjawab soalan cikgu ye
Wa'alaikummussalam cikgu. Pemilihan guru utk dibimbing oleh SISC+ berdasarkan beberapa kriteria pemilihan. Antaranya:
Delete1) Guru yang bertugas di sekolah yang berada di band 4,5,6
2) Dicadangkan oleh Pengetua/GB (tidak semestinya guru tersebut tidak bagus....boleh jd juga guru bukan opsyen, kurang pengalaman, berkemungkinan juga guru terbaik untuk dijadikan guru sumber bagi subjek tertentu)
3) Volunteer oleh guru sendiri
4) Dipilih oleh SISC+ sendiri
Kriteria am, semua guru yang terlibat dengan subjek utam BM,BI dan MATE boleh termasuk dalam set pemilihan guru yang akan dibimbing SISC+.
Harap menjawab soalan cikgu ye
This comment has been removed by the author.
DeleteSir,
ReplyDeleteJust want to know further, to date what kind of support does a SISC+ receive and what about SISC+ and Principal collaboration? It would be good if you could share your comments with me via my email. Working on my research proposal in this area. Thank you.
Sharm (sharmini@eltc.edu.my)
Sir,
ReplyDeleteJust want to know further, to date what kind of support does a SISC+ receive and what about SISC+ and Principal collaboration? It would be good if you could share your comments with me via my email. Working on my research proposal in this area. Thank you.
Sharm (sharmini@eltc.edu.my)
Saya berpendapat perlu ada maklumbalas drpd "guru dibimbing" sama ada kehadiran sisc+ ini telah membantu @ "membantutkan" semangat guru. Ada dalam kalangan sisc+ yg mempunyai peribadi "assertive" dgn menimbulkan rasa "stress" dgn kedatangan mereka ke sekolah..
ReplyDeleteSaya berpendapat perlu ada maklumbalas drpd "guru dibimbing" sama ada kehadiran sisc+ ini telah membantu @ "membantutkan" semangat guru. Ada dalam kalangan sisc+ yg mempunyai peribadi "assertive" dgn menimbulkan rasa "stress" dgn kedatangan mereka ke sekolah..
ReplyDeletetugas utama sisc+;
ReplyDeleteGuru-guru yang terpilih akan ditempatkan sepenuh masa di PPD, tetapi tidak akan terlibat langsung dengan pengurusan PPD. SISC+ ini akan memantau sekolah di bawah jagaan nya 4 hari untuk seminggu. Manakala 1 hari lagi diperuntukkan untuk berada di pejabat, membuat laporan dan juga bermesyuarat.
adakah ini dipenuhi...
jika sesebuah sekolah itu sudah ada guru cemerlang untuk satu subjek, perlukah lagi ada SISC+?
ReplyDeleteKnp di sek sy sbjek addmate yg dipntau tetapi bkn subjek mate
ReplyDeleteCikgu Faez, berkemungkinan subjek Add Mate memerlukan perhatian yg lebih khusus drpd subjek mate. Bergantung kepada maklum balas Pasukan Pemimpin sekolah cikgu, mgkin selepas dibuat analisis SWOT..dirasakan subjek Add Math memerlukan lebih perhatian dan tindakan segera
DeleteSaya sependapat dgn M azlin sajadi. Perlu ada maklum balas dr guru yg dibimbing. Sbb kita ni manusia biasa...tak sempurna mana. Mana yg baik kita ambil teladan... mana yg kurang baik jadikan sempadan.. baru ukhwah mantap. Saling hormat menghormati. Idea drp guru yg dibimbing mungkin ada yg bagus...
ReplyDeleteYa tuan, saya setuju dan menjadi KPI SISC+ untuk melaksanakan beberapa perkara sbg intervensi dalam pasca bimbingan (post coaching) antaranya mendapat maklumbalas guru yg dibimbing sama ada secara survey, soal jawab, pemerhatian dan lain2. Malangnya ada segelintir SISC+ (bukan semua dan bilangannya pun tak ramai yg seolah2 memakai topi Jemaah Nazir, akhirnya proses bimbingan dan pementoran menjadi gagal. FAsa PDCA dan GROW semasa melaksanakan C&M hanya berlaku sehala sahaja. Sama2lah kita berusaha memperbaiki diri, saya sangat setuju dgn pandangan cikgu kita sbg "manusia tidak sempurna mana"... buang ego ke tepi, saling hormat menghormati insyaAllah apa sahaja urusan kita akan diredhai Allah swt. Pendapat peribadi saya, byk idea drpd guru yg dibimbing sgt bagus dan di daerah kami, idea2 yg menarik kami ketengahkan sehingga ada guru yg berjaya menjadi guru inovatif sehingga ke peringkat kebangsaan. Yang penting berlapang dada tak kira SISC+ itu sendiri ataupun guru
DeleteTerima kasih untuk info yang dikongsi
ReplyDeleteSalam, jika sesebuah sekolah itu sudah ada guru cemerlang untuk satu subjek, perlukah lagi ada SISC+?
ReplyDeleteMurid boleh ajar sesama murid ..itupun kdg2 dia ajar bff dia jer, dlm kes ini sisc+ ni hnye nk Cari kelemahan guru sje, dia pun sama level guru jgk ..cuma ada title cemerlang sgt tu...kurang sesuai dipraktik ..tidak byk membantu
ReplyDeleteMohon semua kp menyediakan post mortem spm 2020..semua kp mohon wsap semula kepada saya secepat mungkin (sebelum 14 jun 2021).. Maaf atas kesulitan.. Sisc+ minta sediakan segera..
ReplyDelete