Monday 25 November 2013

KEPUTUSAN UPSR 2013

Buat pertama kali dalam sejarah, keputusan UPSR negeri Kedah telah menyamai keputusan peringkat nasional iaitu Gred Purata 2.27

Bagi daerah Kuala Muda Yan, pencapaian UPSR 2013 menunjukkan peningkatan dengan mencatat Gred Purata 2.21

Berikut adalah rumusan prestasi pencapaian UPSR daerah Kuala Muda Yan tahun 2013.




Tahniah kepada semua pihak yang telah sedaya upaya berusaha untuk meningkatkan prestasi daerah secara khususnya dan negeri amnya terutama guru-guru di seluruh daerah Kuala Muda Yan.

SEMINAR AMALAN TERBAIK BEST PRACTICES DALAM PdP anjuran SISC+ PPD Kuala Muda Yan

SISC+ PPD Kuala Muda Yan telah menganjurkan Seminar Best Practices (Amalan Terbaik) dalam PdP pada 11.11.2013.

Seramai 18 orang guru subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik yang telah dibimbing oleh SISC+ membentang amalan terbaik masing-masing. Tidak ketinggalan juga 2 orang Guru Besar membentangkan "Best Practices" dalam Pengurusan Sekolah.



Berikut adalah sebahagian dokumentasi Seminar Amalan Terbaik yang telah pun berjaya dianjurkan oleh SISC+ PPd Kuala Muda Yan melibatkan 180 orang peserta dan 18 orang pembentang kertas seminar.




















Pegawai-pegawai SISC+ PPD Kuala Muda Yan

Pada masa sekarang kuota 15 orang pegawai SISC+ PPD Kuala Muda Yan telah dipenuhi. Setelah melalui proses temuduga dan saringan yang ketat, kesemua pegawai telah memulakan tugas membimbing guru-guru di daerah Kuala Muda/ Yan bermula Februari 2013 dan April 2013.

Berikut adalah kesemua pegawai SISC+ PPD Kuala Muda Yan.





PEGAWAI-PEGAWAI SISC+ BAHASA MELAYU








PEGAWAI-PEGAWAI SISC+ MATEMATIK











PEGAWAI-PEGAWAI SISC+ BAHASA INGGERIS

Dengan motto "TURUN MEMBANTU" kesemua SISC+ bersemangat dalam meningkatkan kualiti PdP guru khusunya dan melonjakkan mutu pendidikan negeri Kedah secara amnya.

Master Trainer

Bagi memastikan bidang tugas SISC+ dan masa bimbingan guru sentiasa dilindungi (protecting coaching time), pihak KPM di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah melantik sekumpulan Master Trainers yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada pelbagai cabang jabatan di bawah KPM. Master trainer akan mengadakan lawatan sekali setiap bulan bagi bertemu dengan SISC+ dan melakukan penambahbaikan yang diperlukan oleh SISC+ dalam memantapkan teknik bimbingan.

Encik Baharum Bin Shariff telah dilantik sebagai Master trainer yang akan membimbing saya dan 4 orang lagi pegawai SISC+ PPD Kuala Muda Yan. Beliau merupakan Ketua Jabatan Teknologi Maklumat IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan.
Bersama Master Trainer, En. Baharum dan Dr Siti Hajar