Monday 25 November 2013

Master Trainer

Bagi memastikan bidang tugas SISC+ dan masa bimbingan guru sentiasa dilindungi (protecting coaching time), pihak KPM di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah melantik sekumpulan Master Trainers yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada pelbagai cabang jabatan di bawah KPM. Master trainer akan mengadakan lawatan sekali setiap bulan bagi bertemu dengan SISC+ dan melakukan penambahbaikan yang diperlukan oleh SISC+ dalam memantapkan teknik bimbingan.

Encik Baharum Bin Shariff telah dilantik sebagai Master trainer yang akan membimbing saya dan 4 orang lagi pegawai SISC+ PPD Kuala Muda Yan. Beliau merupakan Ketua Jabatan Teknologi Maklumat IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan.
Bersama Master Trainer, En. Baharum dan Dr Siti Hajar 


No comments:

Post a Comment