Artikel ini dipetik daripada Mingguan Malaysia bertarikh 23.02.2014, semoga semua rakan SISC+ seluruh negara terus memberikan impak yang positif terhadap pembangunan pendidikan Malaysia. Klik pada keratan akhbar untuk membaca.
Perkongsian profesional tugas dan perkara berkaitan School Improvement Specialist Coaches (SISC+) di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM 2013-2025.
Thursday, 27 February 2014
Saturday, 11 January 2014
Review 2013
Alhamdulillah....tahun 2013 telah melabuhkan tirai, dan sebagai negeri rintis Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), negeri Kedah amnya dan PPD Kuala Muda Yan khususnya telah sedaya upaya merealisasikan sasaran Gelombang Pertama dalam agenda PPPM. Semoga apa yang dilalui pada sesi 2013 akan menjadi penanda aras bagi meningkatkan lagi mutu pengajaran guru sekaligus memartabatkan lagi pendidikan negara di mata dunia. Berikut adalah sebahagian aktiviti/pelaporan SISC+ PPD Kuala Muda Yan sepanjang tahun 2013.
Monday, 25 November 2013
KEPUTUSAN UPSR 2013
Buat pertama kali dalam sejarah, keputusan UPSR negeri Kedah telah menyamai keputusan peringkat nasional iaitu Gred Purata 2.27
Bagi daerah Kuala Muda Yan, pencapaian UPSR 2013 menunjukkan peningkatan dengan mencatat Gred Purata 2.21
Berikut adalah rumusan prestasi pencapaian UPSR daerah Kuala Muda Yan tahun 2013.
Tahniah kepada semua pihak yang telah sedaya upaya berusaha untuk meningkatkan prestasi daerah secara khususnya dan negeri amnya terutama guru-guru di seluruh daerah Kuala Muda Yan.
SEMINAR AMALAN TERBAIK BEST PRACTICES DALAM PdP anjuran SISC+ PPD Kuala Muda Yan
SISC+ PPD Kuala Muda Yan telah menganjurkan Seminar Best Practices (Amalan Terbaik) dalam PdP pada 11.11.2013.
Seramai 18 orang guru subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik yang telah dibimbing oleh SISC+ membentang amalan terbaik masing-masing. Tidak ketinggalan juga 2 orang Guru Besar membentangkan "Best Practices" dalam Pengurusan Sekolah.
Berikut adalah sebahagian dokumentasi Seminar Amalan Terbaik yang telah pun berjaya dianjurkan oleh SISC+ PPd Kuala Muda Yan melibatkan 180 orang peserta dan 18 orang pembentang kertas seminar.

Seramai 18 orang guru subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik yang telah dibimbing oleh SISC+ membentang amalan terbaik masing-masing. Tidak ketinggalan juga 2 orang Guru Besar membentangkan "Best Practices" dalam Pengurusan Sekolah.
Berikut adalah sebahagian dokumentasi Seminar Amalan Terbaik yang telah pun berjaya dianjurkan oleh SISC+ PPd Kuala Muda Yan melibatkan 180 orang peserta dan 18 orang pembentang kertas seminar.

Pegawai-pegawai SISC+ PPD Kuala Muda Yan
Pada masa sekarang kuota 15 orang pegawai SISC+ PPD Kuala Muda Yan telah dipenuhi. Setelah melalui proses temuduga dan saringan yang ketat, kesemua pegawai telah memulakan tugas membimbing guru-guru di daerah Kuala Muda/ Yan bermula Februari 2013 dan April 2013.
Berikut adalah kesemua pegawai SISC+ PPD Kuala Muda Yan.
Dengan motto "TURUN MEMBANTU" kesemua SISC+ bersemangat dalam meningkatkan kualiti PdP guru khusunya dan melonjakkan mutu pendidikan negeri Kedah secara amnya.
Berikut adalah kesemua pegawai SISC+ PPD Kuala Muda Yan.
![]() |
PEGAWAI-PEGAWAI SISC+ BAHASA MELAYU |
![]() |
PEGAWAI-PEGAWAI SISC+ MATEMATIK |
![]() |
PEGAWAI-PEGAWAI SISC+ BAHASA INGGERIS |
Subscribe to:
Posts (Atom)





















































