Perkongsian profesional tugas dan perkara berkaitan School Improvement Specialist Coaches (SISC+) di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM 2013-2025.
Monday, 25 November 2013
SEMINAR AMALAN TERBAIK BEST PRACTICES DALAM PdP anjuran SISC+ PPD Kuala Muda Yan
SISC+ PPD Kuala Muda Yan telah menganjurkan Seminar Best Practices (Amalan Terbaik) dalam PdP pada 11.11.2013.
Seramai 18 orang guru subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik yang telah dibimbing oleh SISC+ membentang amalan terbaik masing-masing. Tidak ketinggalan juga 2 orang Guru Besar membentangkan "Best Practices" dalam Pengurusan Sekolah.
Berikut adalah sebahagian dokumentasi Seminar Amalan Terbaik yang telah pun berjaya dianjurkan oleh SISC+ PPd Kuala Muda Yan melibatkan 180 orang peserta dan 18 orang pembentang kertas seminar.

Pegawai-pegawai SISC+ PPD Kuala Muda Yan
Pada masa sekarang kuota 15 orang pegawai SISC+ PPD Kuala Muda Yan telah dipenuhi. Setelah melalui proses temuduga dan saringan yang ketat, kesemua pegawai telah memulakan tugas membimbing guru-guru di daerah Kuala Muda/ Yan bermula Februari 2013 dan April 2013.
Berikut adalah kesemua pegawai SISC+ PPD Kuala Muda Yan.
Dengan motto "TURUN MEMBANTU" kesemua SISC+ bersemangat dalam meningkatkan kualiti PdP guru khusunya dan melonjakkan mutu pendidikan negeri Kedah secara amnya.
Berikut adalah kesemua pegawai SISC+ PPD Kuala Muda Yan.
![]() |
PEGAWAI-PEGAWAI SISC+ BAHASA MELAYU |
![]() |
PEGAWAI-PEGAWAI SISC+ MATEMATIK |
![]() |
PEGAWAI-PEGAWAI SISC+ BAHASA INGGERIS |
Master Trainer
Bagi memastikan bidang tugas SISC+ dan masa bimbingan guru sentiasa dilindungi (protecting coaching time), pihak KPM di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah melantik sekumpulan Master Trainers yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada pelbagai cabang jabatan di bawah KPM. Master trainer akan mengadakan lawatan sekali setiap bulan bagi bertemu dengan SISC+ dan melakukan penambahbaikan yang diperlukan oleh SISC+ dalam memantapkan teknik bimbingan.
Encik Baharum Bin Shariff telah dilantik sebagai Master trainer yang akan membimbing saya dan 4 orang lagi pegawai SISC+ PPD Kuala Muda Yan. Beliau merupakan Ketua Jabatan Teknologi Maklumat IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan.

![]() | ||
Bersama Master Trainer, En. Baharum dan Dr Siti Hajar |
Subscribe to:
Posts (Atom)